Pages

Wednesday 28 September 2011

PUDING ROTI ..

Selalu org cakap sedap puding roti ni...malam ni try buat...bahannya memang mudah dah sekejap je membuatnya. Jom kita cuba:

Bahannya:

4 kpg roti
1 sudu marjerin dicairkan
1/4 gula
2 biji telur
150ml susu segar
Buahan kering kismis, almond cincang, pisang, hirisan kurma

Caranya:

1. Toaste kan roti atas kuali kalau malas nak guna toaster
2. Carikkan roti dan letak dalam loyang
3. selang seli kan dengan pilihan buah buah kering kegemaran anda, saya cuba letak kurma coz banyak lebih  bulan pose baru ni, hirisan almond dan hirisan pisang berangan
4. Cairkan marjerin dan tuangkan atas roti
5. Campurkan susu, gula, esen vanilla dan telur. Kacau sebati
6. Tuangkan atas roti. Biarkan seketika hingga roti meresap.
7. Bakar selama 25-30 minit dengan suhu 180 Celcius

Mudahkan...Selamat mencuba

Kalu ada kismis, ceri, kekacang letakkan dalam tu lagi sedap...


inilah rupa roti yang telah siap dibakar..memang marvelous..lemak berkrim disukai ramai


yang ini telah dirasa oleh yang empunya blog..tak sedar dah suku loyang habis...

No comments:

Post a Comment

TERMA DAN SYARAT TEMPAHAN

TERMA DAN SYARAT
1 . Tempahan mestilah di buat lebih awal. 2@3 minggu sebelum
tarikh yg anda kehendaki. Lebih awal lebih baik....dialu -
alukan.
2 . Sebarang pembetulan @ pembatalan mestilah di buat 7 hari
sebelum tarikh pick-up. ini utk urusan pemulangan wang
deposit anda , jika tidak deposit tidak akan dipulangkan.
3 . 50% deposit - perlu dibayar setelah tempahan dibuat , pembayaran penuh boleh dibayar pd hari pengambilan
4 . Pengesahan tempahan akan dibuat apabila 50% deposit telah diterima.
5 . My acc.no akan diberi apabila pengesahan tempahan telah dipersetujui.
6 . Harga - perubahan harga mengikut keadaan semasa @ design @ budget
 

Ai Sweet Cakes Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez