Pages

Wednesday 19 October 2011

CHOCOLATE BANANA CAKE



Chocolate Banana Cake
citarasawan@myresipi.com






Bahan-bahan ( Loyang 8" empat segi )
·         Chocolate Chiffon Bahan A
·         30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
·         4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
·         100gm gula kastor
·         130gm tepung naik sendiri
·         1/2 tsp baking powder
·         1/2 tsp soda bicarbonate
·         60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
·         1 tsp esen vanila
·         Bahan B 4 biji putih telur 60gm gula kastor 1/4 tsp cream of tartar
·         Kek Filing
·         400ml whipping cream (manis)
·         100gm coklat masakan (dicair secara double boil)
·         1 1/2 tsp serbuk kopi segera/nescafe(larut dgn 1 tbsp air panas)
·         1 tbsp gelatin halal (rendam dgn 40ml air dan cairkan secara double boil hingga larut)
·         6 biji pisang berangan (dihiris nipis)
·         Coklat Ganache/Frosting
·         140ml UHT whipping cream (tawar) 350gm coklat masakan 1 tbsp mentega (optional)
Cara-cara
1.    Panaskan oven pada suhu 180C.
2.    Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
3.    Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
4.    Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 8" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
5.    Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 3 atau 4 lapisan.

6.     Kek Filing : Pukul whipping cream hingga kembang dan bertanduk guna high speed. Masukkan esen vanila, coklat cair, larutan kopi dan gelatin, pukul hingga sebati.

7.     Sapu krim filing di permukaan kek, atur hirisan pisang dan sapu krim lagi menutupi hirisan pisang tadi. Buat yang sama untuk semua lapisan.
8.    Apabila habis, sapu nipis krim keseluruh kek, masukkan di dalam peti sejuk (30 minit).
9.    Coklat Ganache : Panaskan whiping cream secara double boiler, masukkan coklat masakan dan mentega, kacau hingga cair. Biarkan sejuk pada suhu bilik.
10.  




 Keluarkan kek dan letak di atas redai dan tuangkan coklat ganache.
11.  Hias mengikut citarasa, simpan di dalam peti sejuk biar coklat mengeras baru dipotong
12.  Tips : Basahkan loyang sebelum di masukkan adunan kek supaya sng dikeluarkan

No comments:

Post a Comment

TERMA DAN SYARAT TEMPAHAN

TERMA DAN SYARAT
1 . Tempahan mestilah di buat lebih awal. 2@3 minggu sebelum
tarikh yg anda kehendaki. Lebih awal lebih baik....dialu -
alukan.
2 . Sebarang pembetulan @ pembatalan mestilah di buat 7 hari
sebelum tarikh pick-up. ini utk urusan pemulangan wang
deposit anda , jika tidak deposit tidak akan dipulangkan.
3 . 50% deposit - perlu dibayar setelah tempahan dibuat , pembayaran penuh boleh dibayar pd hari pengambilan
4 . Pengesahan tempahan akan dibuat apabila 50% deposit telah diterima.
5 . My acc.no akan diberi apabila pengesahan tempahan telah dipersetujui.
6 . Harga - perubahan harga mengikut keadaan semasa @ design @ budget
 

Ai Sweet Cakes Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez