Pages

Saturday 31 March 2012

PANDAN LAYER CAKE

Hari ini tetiba teringin nak mkn pndan layer cake...dlm rajin tak rajin, larat tak larat kuatkn juga diri buat kek ni sebab nak mkn sangat...akhirnya siap dan amat puashati...so inilah rupa kek pandan layer ASC...


siap salut ngan kelapa parut dah...


 dalam kek


mak buyung dah dpt apa yg dihajati...alhamdulillah...

Sunday 25 March 2012

SNOW PUDDING

SNOW PUDDING

Resepi untuk 1/2 daripada adunan asal

Lapisan Susu
4 gm agar-agar serbuk
1 ~ 2 titik esen vanila
200 ml susu segar
50 gm gula
175 ml whipping cream

Lapisan Strawberry 
4 gm agar-agar serbuk
250 strawberries ~ dikisar
75 ml air
75 gm gula
1 biji putih telur
sedikit pewarna pink ~ ita tambah 

Lapisan Coklat
4 gm agar-agar serbuk
375 ml susu segar
25 gm serbuk koko
65 gm gula
1 bijik kuning telur
1 sudu besar susu segar
Sedikit coklat emulco ~ ita tambah 

Beberapa biji strawberries di hiris ~ untuk hiasan


Sediakan loyang berukuran 8 inc
Bilas loyang dengan air
Potong buah strawberries kepada kepingan.
Susun pada dasar loyang
Alas dasar loyang dengan buku latihan di sebelah bahagian sahaja untuk menyengetkan kedudukan loyang (untuk step ini MaDiHaA tak buat.. dibiarkan aje loyang duduk dalam keadaan biasa untuk kesemua lapisan)

Kita mulakan dengan lapisan susu
Dalam periuk kecil, satukan susu segar, serbuk agar-agar dan esen vanila.
Kacau rata.
Kemudian panaskan pada api sederhana.
Tambahkan gula, dan kacau hingga gula melarut.
Matikan api.
Tambahkan whipping crean dan kacau rata
Tuangkan dalam loyang dan biarkan hingga ia mengeras

Sementara itu kita sediakan lapisan strawberry
Kisar buah strawberries dengan sedikit pewarna pink dan air hingga lumat.
Satukan jus strawberries dengan agar-agar dan gula, masak atas api perlahan hingga gula dan agar-agar melarut
Matikan api
Dalam bekas lain yang kering, putar putih telur sehingga kental dan kaku
Ambil sedikit agar-agar dan tuang dalam putih telur sambil terus memutar
Kemudian tuangkan adunan putih telur dalam baki adunan agar-agar strawberries
Kacau rata
Alihkan kedudukan buku pada bahagian yang sebelah pula
Tuangkan adunan perlahan di atas lapisan susu tadi.
Mulakan pada bahagian tepi loyang.
Biarkan ia mengeras

Kemudian kita buat pula lapisan coklat
Dalam periuk kecil kita satukan susu, agar-agar serbuk dan gula dan masak atas api perlahan hingga agar-agar dan gula melarut
Dalam cawan kecil ita larutkan serbuk koko dengan sedikit air panas.
Kemudian masukkan larutan koko ke dalam adunan agar-agar.
Pukul sedikit kuning telur
Ambil sedikit adunan agar-agar coklat dan tuangkan dalam kuning telur
Kacau rata
Tuangkan kembali adunan kuning telur yg bercampur agar-agar coklat ke dalam baki agar-agar coklat tadi
Tambahkan sedikit coklat emulco dan kacau rata
Tarik keluar lapisan buku tadi, biarkan loyang dalam kedudukan rata
Dengan perlahan tuangkan adunan coklat atas lapisan strawberry
Mulakan dari bahagian tepi loyang.
Gunakan sudu untuk menuang.
Biarkan puding sejuk dan mengeras
simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin. 

cuppy lagi..


simple but nice


topping with cream cheese & deco with  fruit

CUP CAKE

 ASC buat cup cake for Biha atas pencapaian SPMnya yg memang hebat ...


wow ...hebatkan...

so isnin ni nak bg this special cupcake untuknya & of course chocolate...




CONGRATULATIONS BIHA....

MEMANG DASAT ...

red velvet with fruit

kek ini diorder oleh kak marshie for makan2...

so inilah deco yg ASC buatkan untuknya for tomorrow family gathering...


lapisan topping adalah cream cheese yg ditambah parutan kulit lemon



ditambah dengan buahan segar anggur tanpa biji dan kiwi manis yg pasti hebat


hiasan border kek yg cantik dan elegan


akhir sekali ditaburi manik2 gula ibarat titik embun pagi



dan inilah hasil seni ASC...

apa lagi jomlah cuba...RED VELVET CAKE

AND TQVM TO KAK MARSHIE , SUDI ORDER KEK NI DR AI...

Saturday 24 March 2012

princess lagi

choc sponge cake + fresh cream+ edible image



RAINBOW CAKE + fondant

Paduan kek rainbow dan fondant





TQVM Mas ...nanti order lagi yer

Sunday 18 March 2012

strawberry fruit flan cake

STRAWBERRY FRUIT FLAN CAKE






choc moist cake

Terasa nak makan choc moist cake...jom layan

 emm...meh la order


yummy.....

Sunday 11 March 2012

Cup cake for doorgift

Order from Rozima
Butter Cake & Choc Moist Cake
S- Size 100pcs
topping with fresh cream
Simple Deco






Cup Cake Budget
Choc Moist Cake & Butter Cake
Frosting with Fresh Cream

egg tart & cheese tart for door gift


egg tart & cheese tart S size with individual packaging

siap packaging for door gift

Chocolate moist cake

ini order dari Azlina  yg dah beberapa kali tukar date..akhirnya hari ini confirm majlis akn diadakan smpena birthday bapanya...kek yg dipinta choc moist cake bersama stoberi..kiwi t ASC yg tambah bg berseri lagi...dan 100biji cheese tart...


TQVM Azlina

Friday 9 March 2012

Red Velvet Cup cake

Yang ni diorder oleh pengasuh Hafiy for her niece nak bertunang esok...

Cup cake minta dipackaging lam individual container & nanti nak susun dalam bakul hantaran

 M size 
Frosting with cream cheese
Topping with fondant
Deco with sugar flower & hand painted
individual packaging
all around RM 70/16pcs


 TQVM Kak Zan...sudi order ngan Ai

Red Velvet Cup cake

Order dari Kak Zan (pengasuh Hafiy) dan kawan yg selalu suka order kek ni , Wirda

TQVM...order sokmo yer wak...

  Red Velvet Cup Cake S Size topping with Cream Cheese with simple deco
RM 45/16pcs


Taraa....sesiapa berminat leh la order ya

Thursday 8 March 2012

Monday 5 March 2012

pandan coconut + caramel marble cake

Setelah seharian bermain tart, terasa tekak nak makan butter cake plak...sedang org lain dah menarik selimut, memeluk bantal, Ai bersemangat mengadun kek marble ni...sanggup tunggu hampir 1 jam hingga kek ni masak...alhamdulillah...hasilnya cantik ...dan pg ni sempat bawa bekal sepanjng perjlnan ke Putrajaya untuk menghadiri project meeting di sana...

jom intai kek marble Ai,


 pandangan dr atas














bahagian dalam kek dan belang2nya



 setelah dipotong...emmm berbelang2...
ada yg berkenan, leh la order ya...

4 type of tartlets class

As salam semua,

Semalam, kawan ASC yg sama2 kenal di HKL dtg bertamu....dari jauh dtgnya nak belajar wat tart...
Tunggu punya tunggu.. kul 2 sampailah..my friend Siti Santai...so tanpa berlengah xtvt terus dimulakan...

ASC tak penah wat class sebenarnya tp kawan nie beriya nak Ai ajarkan so...tak salahkan...menolong kekawan...

Dri mengadun , mengentel, membako, mendeco akhirnya siaplah 4 jenis tart...cam tak percaya lak...kul 5 ptg semua dah siap...

Dan habuannya, Siti Santai pulanglah bersama tart2nya...ha kau tak abis mkn...

Moga pas ni tambahlah sorang lagi bakers...semangat2 Shima...

jom kita upload sikit hasil kerja Cik Siti Santai kita...


 ooppsss...tart telur terhangus sikit... ni kes sakan berborak la nie...

tart buah pula hanya sempat tangkap buah tin ajer...sebab dtg nak belajar tak plan...apa yg sempat jer...takper...yg penting teknik dah tau kan..

deco tu leh upgrade bebila kan...





yg ni pulak..blueberry cheese tart & choc cheese tart...tp sedikit x puashti ngan stoberi filling nie...
selalu beli kat bakeri ni ok jer...ni bketul2 plak...kena gi complain nie,,,

Selesai ajer sessi bsama Siti Santai...ASC menyiapkan order kawan sekolah...Aida Haryati...dan2 dia mengoder 4 jenis tart ni tuk mkn2...TQVM Aida...nanti ASC wat tuk Polisas plak yer...

ni order dr Aida

 mini egg tart


fruit tart & cheese tart

choc cheese tart & blueberry cheese tart

Alhamdulillah...rezeki ptg ahad...

TERMA DAN SYARAT TEMPAHAN

TERMA DAN SYARAT
1 . Tempahan mestilah di buat lebih awal. 2@3 minggu sebelum
tarikh yg anda kehendaki. Lebih awal lebih baik....dialu -
alukan.
2 . Sebarang pembetulan @ pembatalan mestilah di buat 7 hari
sebelum tarikh pick-up. ini utk urusan pemulangan wang
deposit anda , jika tidak deposit tidak akan dipulangkan.
3 . 50% deposit - perlu dibayar setelah tempahan dibuat , pembayaran penuh boleh dibayar pd hari pengambilan
4 . Pengesahan tempahan akan dibuat apabila 50% deposit telah diterima.
5 . My acc.no akan diberi apabila pengesahan tempahan telah dipersetujui.
6 . Harga - perubahan harga mengikut keadaan semasa @ design @ budget
 

Ai Sweet Cakes Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez