Pages

Sunday 24 July 2011

sweet puff daddy...

petang ni belek2 buku resepi jumpa resepi yang mudah tapi pernah buat sekali tapi tak jadi...so hari ni teringin nak cuba lagi...one by one ikut step lam buku...bakar punya bakar sambil dok tinjau2 ..naiklah puff aku kali...naik la puff aku kali...akhirnya..alhamdulillah naik tinggi..setara cam org jual kat luar tu...



siap aje masak anak2 dah sibuk nak deco sndri puff masing..siaplah ngan berkrim nya, fillingnya.. coklat ganache lagi...manik2 halus lagi..dan hasilnya memang sedap satu adunan leh dapat sampai 3 loyang besar...

memang betul la pepatah melayu..kalau buat sndri makan tak abis..kalau beli makan tak puas...


  emm..memang sedap lembut jer..makan panas2 tak sedar dah 5 6 biji masuk mulut...


so inilah hasil kerajinan Ai petang ni...alhamdulillah membuah hasil yg lumayan


so lain kali nak buat banyak2 leh anak2 bawa ke sekolah

resepinya mudah sangat

200gm tepung gandum
300gm telur
100lml air
200 gm marjerin

caranya:
didihkan air + marjerin..then tambah tepung.. gaul sampai jadi doh
then tutup api biarkan suam sekejap
pindah ke dalam mixer, masukkan telur sebiji demi sebiji
pukul kadar sederhana sehingga adunan rata dan nampak cam berkeping
paipkan adunan atas loyang aluminium, griskan ngan shortening or marjerin
renjis adunan ngan air
bakar hingga keperangan

sejukkan potong tengah jangan sampai putus then letak lah filling apa yg digemari..

dah siappp.... mudah kan....

kek hantaran perkahwinan

Assalamualaikum semua,

hari ini Ai mencuba buat kek yang dah lama idam nak wat..tower cake..pas study2 dan kumpulkan semangat1 yang ada di dada ni..so membancuhla adunan kek tuk membuat tower cake...bila dah siap bakar, episod melepa , melapis, then jadilah kek ni 2 tingkat tanpa kaki ...

Ai buat nie sempena nak bagi pada kawan sekolah yg kawin hari nie...sesaja nak bagi lah...Ai deco ikut warna tema kawin dia purple..tapi Ai + kan dengan kaler pink sikit bagi meriah sikit..

So inilah rupa kek coklat Ai yang telah siap dideco...gambar semasa d making tak sempat shoot pasal kejar masa nak siapkan kek ni tadi...


adunan bc tuk bunga nie Ai tersalah bancuh...tak tau apa terkurang so bcnya lembik sikit..bunga tak berketak..

 tapi bila dah banyak2 bunga ni..cantik jer bila dah combine 2 colour pink & purple

alhamdulillah..akhirnya berjaya gak Ai buat kek tower ni...memang best lain kali nak buat lagi...

Monday 18 July 2011

JUS KALAMANSI

JUS KALAMANSI




(utk 1 glass)
2 biji limau kasturi
2 biji asam kecut (asam boi)
2 sudu besar gula (klu suka manis boleh tambah)
1/2 cawan air
ketulan ais

"DO IT YOUR SELF"

cairkan gula dgn air panas dan masukkan asam boi kacau dan biar asam boi lembut.
Masukkan dlm blend (asam boi tu di tanggalkan dr bijinyer... bijinyer buang) limau kasturi di belah 2 buang bijinyer masuk dlm blend. Masukkan air dan ais pas tu ttrrrr..... masukkan dlm gelas dan siap!!...
selamat mencuba...

resepi ini kak azlita yang punya..akk minta izin ambik yer..sedap ngat tengok air ni...

minuman segar dan sihat

jom kita layan resepi mudah dan sedap ni dari kak azlita aziz..balik ni nak wat terus kebetulan tadi beli carot...yummy.....

JUS CARROT STRABERRY

JUS CARROT STRABERRY

Carrot Straberry
fav Azrul n Dalili

MyKitchen's Recipe

(utk 2 glas)
1 botol susu straberry Duth Lady
2 btg carrot
ketulan ais

"DO IT YOUR SELF"

Caranyer
bersihkan carrot, buang kulitnyer... masukkan dlm blent masukkan susu straberry pas tu tttrrrrr..... dah siap tapis... buang hampas carrot. Masukkan semula air yg telah ditapis kedlm blend masukkan ais... pas tu ttttrrrrr..... siap masuk dlm gelas dan sssssrrrrruuuppp!!!!!.... ah!

Sunday 17 July 2011

kul 2.00 pm

emm..terasa lapar pulak perut ni terbau tart yg siap kembang lam oven nie...tunggu ya...yg nie order from my friend  tuk besday anaknya...skali ngan sponge bob cake...



my sponge bob square pants cake


25pcs blueberry & kiwi cheese tarts


alhamdulillah...terima kasih mas from KPKT Kuantan for your order & as a promoter for my cakes

tart untuk anak2 dan tempahan kek spongebob

hari nie, pagi2 lagi anak dah request nak makan cheese tarts..so pas minum pagi membaking la 2 perisa yg diminta strawberry & peanut...( ini kes ibu wat sample raya tak sempat nak rasa la nie...)..dan hasilnya panas2 telah diserbu oleh anak...



tengahari tadi dapat lak jemputan makan kenduri sempena menyambut ramadan, then dapatlah packing serba sikit untuk tuan rumah yang menjemput..( ala ala promosi tempahan raya la dikatakan...) tapi memang tak mendukacitakan..alhamdulillah ada yang berminat....so esok kena siapkan shell tarts untuk order hari isnin hingga selasa...

kul 5.00 petang
masuk dapur lagi siapkan kek tempahan untuk birthday party kawan...dan kali ini nak cuba sesuatu yang tak penah buat lagi...kek spongebob guna fondant....so pas siap light cheese cake masak..mulalah proses mewarna fondant...

so inilah step dan sempat dirakamkan...

ini selepas kek siap dilayer ngan mango filling dilepa nipis dengan bc dan lapisan fondant bahagian atas telah diletakkan



dah siap part baju seluar dan mukanya


hah..fully finish decoration siap ngan dot2 dan tangan lagi...kaki space tak cukup so abaikan...


 rasa cam tak percaya berjaya siapkan deco kek ni dan yang pasti suami puji kata lain dari yg lain...anak2 pun excited tengok hasil kerja ibu mereka...


so inilah hasilnya, light cheese cake bersaiz 9x9 besar gak tu...dilayer ngan mango filling, fros ngan bc..dan fondant...siap masuk kotak untuk penghantaran pada hari esok

then another 50pcs kiwi & strawbery tart untuk dibaking pg esok sebelum dihantar

alhamdulillah..aku berjaya akhirnya

so siap saja kek yg mencabar ini aku membuat sebiji pandan layer untuk birthday suamiku pada hari ini , tapi keknya nak dipotong pada esok hari..so skang nie bagi kek tu dok sejuk2 lu lam peti ....esok kita check it out...okay...
bye bye tata titi tutu....

as salam

Friday 15 July 2011

cheese tart raya

Tempahan cheese tart raya dibuka kepada sesiapa yang berminat dengan harga istimewa bagi 4 jenis filling iaitu peanut, strawberry, kiwi dan blueberry....tempahan boleh dibuat melalui tel no 019-9898751...




display samples

tester sample...

tempahan segera anat dihargai bagi mengelakkan tempahan di saat akhir ditolak...

Wednesday 13 July 2011

red velvet cake

RESEPI RED VELVET CAKE
source : joy of baking
terjemahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan Kek
  • 250g tepung kek *
  • 1/2 sk garam *
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter
  • 160g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - hana ganti cream cheese
  • 115g @ 1 cawan gula kastor
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
  • hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut
Cara-cara
  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
  • Potong dan hidangkan.

Tuesday 12 July 2011

cheese cake

hari ini semangat nak try buat cheese cake...so.... semalam mencari bahan2 di bakeri membeli barang2 yang diperlukan...pagi pagi lagi dah memutar adunan selesai anak ke sekolah....

1. mula2 putar putih telur+gula smpai kembang...bertanduk la....bila diangkat ngan spatula tu..
2. pastu dalam bekas lain putar pulak kuning telur+susu segar+minyak+ tepung cheese cake mix (yg instant)
3. setelah sebati adunan tu gaulkan adunan 1+2 guna spatula....then siap...
4. bakar dalam oven suhu 160 darjah Celcius dengan kaedah steam bath...

Hasilnya memang gebu..dan rasa cam yg selalu beli kat Carrefour tu..tp yang nie best lagi coz fresh dr umah

inilah simple deco yang sempat dibuat sebelum pergi kerja tadi


memang gebu dan bolehlah jamu kawan kat opis pagi nie...

7.00pm -tiba ke rumah setelah ambil anak...

anak2 bertanya, "ibu kek apa nie? bila ibu buat?nak ibu...

then dengan masih berbaju kerja pagi terus ke dapur memotong cheese cake untuk minum petang bersama anak2...


inilah cheese cake yang tak sempat dideco dah dipotong


selamat menjamu selera semua....

Sunday 10 July 2011

mini popia bersalut nestum

ini resepi yang kebetulan terjumpa kat kongsi resepi..dah kebetulan wat popia sayur ni leh la wat kuih ranting ni..

bahannya:

kulit popia dipotong 4
gulung then sapukan gam dihujung bucu
goreng sampai kuning

pas tu sirakan dengan

gula icing+ susu tepung+ nestum ( anggaran 1 sudu setiap satu)

memang mudah mudah mudah sesangat..anak2 pun leh belajar wat kuih simple camni...

dan hasilnya..taraaaa...

memang sekejap jer licin sesambil layan tv..

so apalagi cubalah...
popia sayur & mini popia bersalut nestum...

my popia.

as salam semua,

hari ini sedang dok bukak tutup freezer tetiba datang idea nak wat popia..so tinjau2 punya tinjau..emm ada bahannya..belek2 resepi ..haa..jumpa..popia sayur..so apa lagi berdentum dentam lah kat dapor menyiapkan popia yang telah diubahsuai mengikut selera sendri..

bahan-bahannya:

segengam ikan bilis ditumbuk
sayur campur (beli yg dah siap)
tumis atas dapur sekejap hingga sayur sedikit layu

letakkan sayur di bucu kulit popia
sapukan hujungnya dengan gam (tepung gandum+ air - buat cair2)
then gulungla cam kuih ketayap tu

siap sudah..then goreng kekuning-kuningan

toskan minyak then leh la dimakan ngan sos lada

mudahkan

Friday 1 July 2011

kek lobak orenku

HARI INI BUAT CAROT CAKE UNTUK KAKAK IPAR  NAK CELEBRATE KAT OPISNYA, KEKNYA NAK TEMA OREN DAN BUNGA-BUNGA SO...INILAH HASILNYA...



FROSTING NGAN KRIM MENTEGA YANG KURANG MANIS DENGAN KEK YANG DIKURANGKAN MANISNYA...DECO YANG TIDAK KETERLALUAN....


INILAH BUNGA BUTTERCREAN YANG TELAH DIHASILKAN PADA MALAM TADI...

DAN AKU SEMPATKAN SIAPKAN PINEAPPLE SHORT CAKE UNTUK KAKAK KU YANG RESEPINYA AKU CERDOK DAN UBAH IKUT KEHENDAKKU...SO INILAH HASILNYA...



KEK INI DIPENUHI DENGAN KIUB KIUB NENAS, KACANG ALMOND DAN KISMIS...TENGAHNYA DILAYER DENGAN MANGO FILLING DAN ATASNYA DILETAK BUTTERCREAM DAN DICURAHKAN SEDIKIT COKLAT GANACHE UNTUK MENAIKKAN LAGI RASANYA....DAN HASILNYA...
KOMBINASI RASA MASAM NENAS DAN MANGO DAN MANIS COKLAT...

TERMA DAN SYARAT TEMPAHAN

TERMA DAN SYARAT
1 . Tempahan mestilah di buat lebih awal. 2@3 minggu sebelum
tarikh yg anda kehendaki. Lebih awal lebih baik....dialu -
alukan.
2 . Sebarang pembetulan @ pembatalan mestilah di buat 7 hari
sebelum tarikh pick-up. ini utk urusan pemulangan wang
deposit anda , jika tidak deposit tidak akan dipulangkan.
3 . 50% deposit - perlu dibayar setelah tempahan dibuat , pembayaran penuh boleh dibayar pd hari pengambilan
4 . Pengesahan tempahan akan dibuat apabila 50% deposit telah diterima.
5 . My acc.no akan diberi apabila pengesahan tempahan telah dipersetujui.
6 . Harga - perubahan harga mengikut keadaan semasa @ design @ budget
 

Ai Sweet Cakes Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez