Pages

Wednesday 3 July 2013

Choc Ice Cream Cake dari kuantan ke klang







kek order from kawan lama masa sama-sama menuntut di Uitm Shah Alam...jauhnya kek ni nak berjalan...1st time ambik order kek ni untuk delivery jauh...dan delivery by car ...

Kek ni merupakan kek ice cream coklat yang dilapis dengan strawberry paste dan oreo crumbs di dalamnya...dibaluti bawah dan tepinya dengan kek span vanilla. Bahagian luar kek ditopping dengan fresh cream serta stoberi filling dan choc candy di atas kek dengan 3 kuntum yellow roses ...




Kek ni telah dibekukan selama 7 jam bermula malam tadi dan telah dipack kan dengan bekas polisteren untuk tahan haba semasa tempoh perjalanan..hopefully kek ini tahan beku hingga sampai ke destinasi...




kepada my dearest friend..moga dapatlah menikmati kek ice cream ni lagi superb dari kek yg makan kat rumah Ai dulu...


dan sempat bagi free gift tart nie tuk makan-makan...




Edisi cheese tart pre order before Raya...

A s salam, minggu nie dah bermula demam cheese tart...pre order dah dibuka untuk makan2 sebelum Raya. Aneka design bunga dengan filling blueberry...






Wednesday 26 June 2013

Apam merah biru...

Hari ni buat apam dot dot tema merah biru filling dengan blueberry. Selalunya Ai takut sikit ambil order apam ni, yelah kekadang bila teknik lari apam tak menjadi. Tapi berkat kesabaran, kesunnguhan nak mencuba Ai kuatkan semangat mencuba dan mencari tips agar apam ni menjadi gebu seperti apam orang lain. Alhamdulillah amat puashati dengan hasil mengukus semalam, cuma yang hujung2 tu apam sedikit berlubang coz api terbesar dan suhu tinggi masa mengukus.

Resepi Ai cuba compare dengan resepi kawan-kawan blog...so far Ai suka resepi yang ini terang dan jelas...jom layan ....








bekas tepi tu plak popia bersira nestum order sampingan dari customer.

Terima kasih yer...

Kek untuk anak dara...

20.6.2013 genap umur anak daraku setahun...besar dah anak ibu...sempat jugak ibu godak2 kek ni tuk adik..nak buat di luar jerebu sekarang ni , so kita wat close party ajer yer yang...yang penting kita hepi kan...jom layan.....
Excited nak potong kek

Blueberry Cheese Cake & Choc Moist Cake

 




Blueberry Cheese Cake

Yang ni sebelum deco
 

Wednesday 29 May 2013

apam polkadot & arndom design...

Lama tak mengedot...aduh...tension untuk dapatkan hasil apam yang betul2 cantik dan gebu..ini hasil sehabis daya..hu hu hu...


Tq arni order ngan akak...hope puashati yer...





melembutkan tangan dengan cream puff...

Dah lama tak buat kuih berhantu nie..sebab apa ai panggil dia berhantu..sebab kalau silap buat penyek jer jadinya cream puff nie..al maklumlah bukan buat hari2..order pun kadang-kadang...teknik kadang termiss plak...sudahnya hancur rosak telur bersarang- sarang..eh takdelah bersarang-sarang...berbiji -biji jer..

Apa pun , berkat usaha nak buat juga, dan inilah hasilnya....ambik ko....


  besar plak rasanya



part tabur gula icing nie suka sangat ..nampak cam salji jer...cewah...

Hokaido cup cakes...

Hokaido cup cakes..org dah sampai ke langit kita masih lagi di rumput hijau...takpelah ..at least kita nak mencuba membuat sesuatu yang baru kan...so inilah hasil Hokaido cupcakes hasil intai2 di cik google...jom layan...resepi tak copy plak ...nanti cari sat yer...

ok resepinya tgk kat blog nie yer...http://raihannavanilla.blogspot.com/2013/02/resipi-hokkaido-chiffon-cupcakes.html..siap ada gambar lagi...tq raihanna kita intai resepi awak...

jom layannnn.....






boleh la kan...bagi yang minat rasa vanilla letak lebih sikit pun takpe nak cover bau telur kan..tapi memang bestla kek ni...Ai suka pelbagaikan krimnya fresh krim + custard atau custard plain ajer...boleh la try yer...

Walnut butterscotch

Buat untuk makan makan time...



kek hari guru...

Sempena Hari Guru baru baru ni sempat Ai buatkan kek untuk anak2 bawa gi sekolah...


kek span bluebery dengan fresh cream
 kek durian bersama fresh cream
 kek span bluebery dengan fresh cream

 kek durian bersama fresh cream


kek durian bersama fresh cream

kek rainbow..

kek rainbow...


bermain pelangi lagi...

Kek diorder oleh cikgu Mayah, sek Pasti Cenderawasih untuk anaknya...






Terima kasih cikgu Mayah...

Wednesday 3 April 2013

Rainbow untuk Isra...





Kek ini diorder oleh kakak ipar untuk anaknya yang sambut birthday hari ni 3.4.13. Pilihan kek adalah kek rainbow dan fresh cream untuk dibawa ke sekolah Pasti petang ni...jadi Ai buatkan kek rainbow bulat ni dengan saiz 8" 6 layer cake warna kuning, oren, merah, hijau, biru dan purple. Filling dalamnya fresh cream dan choc ganache...luarnya dilepa fresh cream dengan sedikit sentuhan artwork di atas cake...ha ha ha part ni main buat jer...ketar tangan tak biasa buat lukis atas kek nie...apa pun memang seronok bila dah boleh adjust tahap ketar tangan tu...fuhhh...




Deco tepi kek ni dapat ilham dari youtube dia lukis pokok dan pagar serta burung2 sebenarnya tapi part burung tu tak pandai nak buat so buat ikut gerak hati ajer...boleh la...




Kek untuk yg 4 segi tu pun kek rainbow tapi tidak dilapisi cuma dibelang2kan. Kaedah sudukan adunan color dari tengah dan tindan satu satu color sampai abis.. step buat memang tak dan nak snap ...al maklumlah buat dah lewat so tak sempat nak snap2 dah...
juga dilayer ngan fresh cream luar dan dalamnya...dan sentuhan artwork anak pergi sekolah Pasti..actually anak Ai dan Isra ni sepupu so potong sesama la nanti kat sekolah tu..sekolah pun sama sama kelas...

Resepi kek nie ada kat sini yer:

Rainbow cake


Telur 5 biji
Tepung rising flour 3 cawan
Gula kastor 1 1/2 cawan
Mentega 1 buku
susu segar 1 1/2 cawan ( ai gantikan ngan susu pekat manis + air agak2 jer )
esen vanilla 2 sudu 
sedikit garam ( Ai x letak pun)

Caranya:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu satu, esen vanilla jgn lupa
3. Masukkan tepung selang seli dengan susu
4. Bahagian adunan pd 6 bahagian dan letak pewarna 
5. Bakar seloyang2 mengikut color dengan suhu 170 C selama 10-15 minit jer ( jgn lupa letak kertas pada loyang dan griskan dengan mentega)
6. Siap bakar sejukkan dan ulang proses membakar untuk adunan lain
7. Proses menyusun dan melapis, Ai guna fresh cream mudah jer, pukul dan lepa ...

Dah siap





Monday 1 April 2013

Roti hasil tanganku....

 cheese stick

 red bun belum masak

 cheese bun siap masak

 bun inti sardin

 roti sosej loyang

 red bun belum masak

yang ni hasil tangan Ai untuk jualan kecil kecilan di warung sekitar rumah...

Roti roti...nak yang mana...

Hasil belajar meroti tempoh hari...


 ni step nak wat roti piza sosej


roti yang dah siap masak untuk wat roti sosej bot, tuna dan sosej pintal


 sosej lipan namanya


ni untuk roti chicken floss, Ai plg suka yg ni sebab serundingnya


ha ha..ni roti kacang merah versi bun dan roti inti pandan kaya leh wat bentuk ikan, tapi sebab tiada kaya buat guna kacang gakla



 lotih nak siapkan 12 jenis roti ni bersam 4 org yg belajar haritu 8kg berat tepung yang dah siap uli



 gambar kami bersama roti, jgn tak caya cikgu roti kami yg baju belang merah hitam tu..

hasil untuk bawa pulang, makan tak abis beb...

TERMA DAN SYARAT TEMPAHAN

TERMA DAN SYARAT
1 . Tempahan mestilah di buat lebih awal. 2@3 minggu sebelum
tarikh yg anda kehendaki. Lebih awal lebih baik....dialu -
alukan.
2 . Sebarang pembetulan @ pembatalan mestilah di buat 7 hari
sebelum tarikh pick-up. ini utk urusan pemulangan wang
deposit anda , jika tidak deposit tidak akan dipulangkan.
3 . 50% deposit - perlu dibayar setelah tempahan dibuat , pembayaran penuh boleh dibayar pd hari pengambilan
4 . Pengesahan tempahan akan dibuat apabila 50% deposit telah diterima.
5 . My acc.no akan diberi apabila pengesahan tempahan telah dipersetujui.
6 . Harga - perubahan harga mengikut keadaan semasa @ design @ budget
 

Ai Sweet Cakes Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez