Dah lama Ai tak update blog...setelah 10 hari selepas pemergian anak tersayang ke Rahmatullah pada 9.01.2012. Kini Ai cuba selak semula diari memori dan membuka lembaran baru bagi Tahun 2012 ini...moga kekuatan dan ketabahan sentiasa bersama Ai...kepada kawan2, teman2 dan sesiapa yang mengenali, terima kasih atas doa dan kata2 semangat kalian...Insyaallah Ai akan bangun semula dan akan lebih kuat dan tabah lagi dari dulu...
Tiada apa yang mampu Ai paparkan di sini cuma kenangan dan memori bersama anak tersayang yang akan Ai sertakan nanti. Apapun Hafiy tetap Hafiy ibu buat selamanya..moga anakku damai dan tenang di sana..hilang sudah segala kesakitan dan penderitaannya...besar sungguh pengorbanannya dalam melawan sakit kanser hingga tidak menyusahkan kami di kala sakit...tiada rintihan , tiada keluhan dan masih sempat tersenyum , bergembira bersama kami agar kami ditinggalkan dalam kenangan yang terindah selama kami bersamanya...
Hafiy Iffat Sayang,
Sesungguhnya kamu kini berada di dalam telur pipit di syurga
Sedang berlari lari di taman firdausi
Sedang kegirangan bertemu Rasul dan Penciptanya
Hafiy Iffat Sayang,
Doa ibu padamu tidak pernah putus walau adik dah tiada
Doakan ibu agar kita dipertemukan di syurga ya sayang...
No comments:
Post a Comment