Pages

Wednesday 8 October 2014

Kek macam macam ada...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, masih punya masa untuk jenguk blog sendiri..sekian lama ia sunyi sepi tanpa khabar...kesibukan tugas di pejabat dan rumah membuatkan tiada masa untuk mengakses akaun sendiri..

Nak  bercerita panjang pun, masa mencemburi...memandangkan sedang menunggu roti di oven.. ku gagahi jua menghimpunkan segala tempahan yang telah dibuat..


Red Velvet 7"
Layer cream chese
Frosting Cream Cheese + whipping cream

Kek ini diorder oleh guru sekolah Pasti anak untuk harijadi anaknya..order melalui call pada jam 5 petang untuk delivery keesokkan harinya..

Alhamdulillah, cikgu berpuashati dengan kek yang asalnya untuk surprisekan anaknya tapi terkantoi sbb anak dah terbaca wassup kami bout order yang dibuat..

terima kasih cikgu Mayah..selalu repeat order kek nie..


Percubaan pertama membuat kek Opera ..memang seyes susah rupanya dan hasilnya masih belum mencapai kualiti untuk diambil order.

Kek ini untuk birthday anak kedua masuk umur 10 tahun..

Hepy Besday Ilya





Red Velvet 6 "
Cream cheese

Kek diorder oleh cikgu mayah lagi untuk suaminya..




Kek kahwin pass order dari Emalini untuk kawannya..

Kek saiz 10", 8" dan 6"
Perisa vaniila, coklat dan pandan
buttercream topping

Tak biasa ambil kek kahwin, berdebarnya rasa nak menyiapkan kek bertingkat begini tapi alhamdulillah bila customer puashati..




Kek span coklat 10 "
Buttercream
Mickey mouse E.I

Kek diorder oleh kawan sekolah lama untuk anaknya..TQ Lyn Maza


Red Velvet 6 "
Cream Cheese

Diorder oleh Pensyarah Politeknik Kuantan..T.Q En Amin...pensyarah saya ni masa buat Sijil Kejuruteraan Awam..dulu Encik ajar saya bancuh simen..rupanya 2 in 1..bancuh kek pun jadi...kih..kih..kih...




Red velvet cake lagi

Ni tuk besday mak saya yang ke 59..
Hepy Besday mak..selalu support apa saja yang anak ni minat..kdg2 dia letih tengok katanya..mana kerja lagi baking lagi..dah suka mak..nak wat goner..selagi badan larat..
tak larat sok , kita dok goyang kaki jo...




 

Asal nama kek ni pecan heaven , tapi sebab tak lengkap bahannya( Pecan takde choc white takde) jadi saya tukar namanya kepada Nutty Caramel

Kek span vanilla
Filling whipping cream bersama butterscotch caramel dan walnut yang telah disira gula hangus
Frosting whipping cream dan salted caramel juga lebihan walnut bakar dan sira tadi

Kek ini diorder oleh Cikgu Mayah yang suka makan kek whipping cream..macam ais krim katanya...


Rainbow cake
Cream Cheese + whipping cream
Kek ini diorder oleh En amin untuk surprisekan isterinya..
 T.Q En Amin


Span cake
Filling strawbery paste
frosting whipping cream dan caramel

Anak order untuk kek Hari Guru




Kek Nutty caramel


 

Span coklat 10"
Whipping cream 
E.I Fifa.

Order time bola Fifa ..kek untuk anak sedara suami , Syamil ashraf..



 Kek Ombak Rindu..masih belum sedia tuk ambil order




Kek Marble mak mak kita dulu..yang ni jugak tak ditelan zaman


Nutty caramel lagi..
Diorder oleh Nurul Nadiah Sulaiman...dia order kek ngan kita, kita order lasagna dengan dia...
bestkan sistem barter camtu...





Rainbow cake 9"
Cream cheese inside outside
Kek diorder oleh Hazreen..
T.Q Dik..


Choc Moist cake sebelum dimake up..



Kek untuk anak bongsu , Nur hafiya Iffah masuk 2 tahun

Yeay...adik dah besar boleh tolong ibu buat kek...


Order dari Salwa BSN
3 hours order+ delivery cake..call order bake & delivery..
Alhamdulillah customer puashati..


Carrot Cake 
cream cheese frosting inside outside
Kerajinan datang..nak berbunga bagai plak dah..



Sekian saja yang dapat dimasukkan di dalam blog ini..nanti kita update lagi yer..tq semua sudi layan blog sepi ni..moga mendapat ilham dan sudi2lah order...

Ai Sweet Cakes..i love cake...

No comments:

Post a Comment

TERMA DAN SYARAT TEMPAHAN

TERMA DAN SYARAT
1 . Tempahan mestilah di buat lebih awal. 2@3 minggu sebelum
tarikh yg anda kehendaki. Lebih awal lebih baik....dialu -
alukan.
2 . Sebarang pembetulan @ pembatalan mestilah di buat 7 hari
sebelum tarikh pick-up. ini utk urusan pemulangan wang
deposit anda , jika tidak deposit tidak akan dipulangkan.
3 . 50% deposit - perlu dibayar setelah tempahan dibuat , pembayaran penuh boleh dibayar pd hari pengambilan
4 . Pengesahan tempahan akan dibuat apabila 50% deposit telah diterima.
5 . My acc.no akan diberi apabila pengesahan tempahan telah dipersetujui.
6 . Harga - perubahan harga mengikut keadaan semasa @ design @ budget
 

Ai Sweet Cakes Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez