Memalam gini baru ajer menyudahkan kek Princess Zarina..on the dot order siang tadi cancellation dari cheese tart kepada kek plak...pilihan kek terserah kepada ASC dan nak deco apa pun...So dalam keadaan mata yang dah terlelap seround sebenarnya sesambil tidurkan si kecik...teringat kek belum dibuat apa2 ..bukan setakat deco adun pun belum...
Jika tanya mata rasa dah lama hanyut ke Lautan Hindi jika dilayan...lalu bingkas bangun shoot terus ke dapur adun kek span perisa oren..sesambil bakar adun plak krim dan letak lam fridge dulu...
nak tengok kek dalam oven tak...inilah rupanya...
kekku sedang dibakar dan dah mula mengembang
dah siap pun masak..panas2 baru kuar oven kecilku jenama Pensonic jer yg termampu buat masa ini
dan inilah hasilnya setelah dipusing ke kiri kekanan, menekan, mencalit, melekuk-lekuk...