Pages

Wednesday, 3 April 2013

Rainbow untuk Isra...





Kek ini diorder oleh kakak ipar untuk anaknya yang sambut birthday hari ni 3.4.13. Pilihan kek adalah kek rainbow dan fresh cream untuk dibawa ke sekolah Pasti petang ni...jadi Ai buatkan kek rainbow bulat ni dengan saiz 8" 6 layer cake warna kuning, oren, merah, hijau, biru dan purple. Filling dalamnya fresh cream dan choc ganache...luarnya dilepa fresh cream dengan sedikit sentuhan artwork di atas cake...ha ha ha part ni main buat jer...ketar tangan tak biasa buat lukis atas kek nie...apa pun memang seronok bila dah boleh adjust tahap ketar tangan tu...fuhhh...




Deco tepi kek ni dapat ilham dari youtube dia lukis pokok dan pagar serta burung2 sebenarnya tapi part burung tu tak pandai nak buat so buat ikut gerak hati ajer...boleh la...




Kek untuk yg 4 segi tu pun kek rainbow tapi tidak dilapisi cuma dibelang2kan. Kaedah sudukan adunan color dari tengah dan tindan satu satu color sampai abis.. step buat memang tak dan nak snap ...al maklumlah buat dah lewat so tak sempat nak snap2 dah...
juga dilayer ngan fresh cream luar dan dalamnya...dan sentuhan artwork anak pergi sekolah Pasti..actually anak Ai dan Isra ni sepupu so potong sesama la nanti kat sekolah tu..sekolah pun sama sama kelas...

Resepi kek nie ada kat sini yer:

Rainbow cake


Telur 5 biji
Tepung rising flour 3 cawan
Gula kastor 1 1/2 cawan
Mentega 1 buku
susu segar 1 1/2 cawan ( ai gantikan ngan susu pekat manis + air agak2 jer )
esen vanilla 2 sudu 
sedikit garam ( Ai x letak pun)

Caranya:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu satu, esen vanilla jgn lupa
3. Masukkan tepung selang seli dengan susu
4. Bahagian adunan pd 6 bahagian dan letak pewarna 
5. Bakar seloyang2 mengikut color dengan suhu 170 C selama 10-15 minit jer ( jgn lupa letak kertas pada loyang dan griskan dengan mentega)
6. Siap bakar sejukkan dan ulang proses membakar untuk adunan lain
7. Proses menyusun dan melapis, Ai guna fresh cream mudah jer, pukul dan lepa ...

Dah siap





Monday, 1 April 2013

Roti hasil tanganku....

 cheese stick

 red bun belum masak

 cheese bun siap masak

 bun inti sardin

 roti sosej loyang

 red bun belum masak

yang ni hasil tangan Ai untuk jualan kecil kecilan di warung sekitar rumah...

Roti roti...nak yang mana...

Hasil belajar meroti tempoh hari...


 ni step nak wat roti piza sosej


roti yang dah siap masak untuk wat roti sosej bot, tuna dan sosej pintal


 sosej lipan namanya


ni untuk roti chicken floss, Ai plg suka yg ni sebab serundingnya


ha ha..ni roti kacang merah versi bun dan roti inti pandan kaya leh wat bentuk ikan, tapi sebab tiada kaya buat guna kacang gakla



 lotih nak siapkan 12 jenis roti ni bersam 4 org yg belajar haritu 8kg berat tepung yang dah siap uli



 gambar kami bersama roti, jgn tak caya cikgu roti kami yg baju belang merah hitam tu..

hasil untuk bawa pulang, makan tak abis beb...

TERMA DAN SYARAT TEMPAHAN

TERMA DAN SYARAT
1 . Tempahan mestilah di buat lebih awal. 2@3 minggu sebelum
tarikh yg anda kehendaki. Lebih awal lebih baik....dialu -
alukan.
2 . Sebarang pembetulan @ pembatalan mestilah di buat 7 hari
sebelum tarikh pick-up. ini utk urusan pemulangan wang
deposit anda , jika tidak deposit tidak akan dipulangkan.
3 . 50% deposit - perlu dibayar setelah tempahan dibuat , pembayaran penuh boleh dibayar pd hari pengambilan
4 . Pengesahan tempahan akan dibuat apabila 50% deposit telah diterima.
5 . My acc.no akan diberi apabila pengesahan tempahan telah dipersetujui.
6 . Harga - perubahan harga mengikut keadaan semasa @ design @ budget
 

Ai Sweet Cakes Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez